12 September 2026 – KLINIK AKHI KAJANG BERSAMA KOMUNITI ![]()
Alhamdulillah, Klinik Akhi Kajang berkesempatan menyertai Program Fiesta Hijrah Malaysia Merdeka 4.0 yang berlangsung di Surau An-Nur, Taman Kasih, Kajang.
Program ini dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Kasih Kajang bersama Surau An-Nur dan menghimpunkan komuniti setempat dalam suasana yang meriah dan bermakna.
Dalam program ini, pasukan Klinik Akhi Kajang turut menyediakan pemeriksaan kesihatan (medical check-up) kepada para peserta dan komuniti yang hadir.
Penglibatan dalam aktiviti komuniti ini merupakan sebahagian daripada usaha Akhi Healthcare Group untuk mendekatkan penjagaan kesihatan kepada masyarakat serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Terima kasih kepada pihak penganjur dan seluruh komuniti Taman Kasih, Kajang atas jemputan serta sambutan yang diberikan.


