Servis kami
Klinik kami menawarkan servis perubatan yang lengkap yang disediakan oleh pasukan profesional yang berpengalaman dan berdedikasi untuk menjaga kesejahteraan anda dan keluarga

Ultrasound (2D, 3D, 4D, 5D, 6D)
Servis ultrasound 2D, 3D, 4D, dan 5D menawarkan teknologi membolehkan visualisasi janin dalam rahim dengan tahap kejelasan yang berbeza-beza.

Vaksinasi
Lindungi diri daripada penyakit berjangkit, mencegah penyebaran virus, dan membantu membina imuniti kelompok dalam masyarakat.

Khatan Bayi, Kanak-kanak dan Dewasa
Perkhidmatan khatan profesional untuk bayi,kanak-kanak dan dewasa dengan kaedah yang selamat, cepat, dan kurang sakit.

Kesihatan Lelaki
“Jaga Diri Anda, Jaga Keluarga Anda!”
Perkhidmatan kesihatan lelaki kami membantu anda kekal bertenaga dan sihat untuk orang tersayang.

Rawatan Kencing Manis, Darah Manis, Darah Tinggi dan Kolestrol
Ambil langkah pertama menuju kesihatan! Kami menawarkan rawatan berkesan untuk menguruskan kencing manis, darah tinggi, dan kolesterol tinggi.

Rawatan Penjagaan Luka
Luka yang dirawat dengan betul, cepat sembuh! Dapatkan rawatan penjagaan luka profesional hari ini!

Perancangan Keluarga
Pelbagai jenis kontraseptif untuk membantu anda merancang keluarga dengan bijak. Kunjungi kami hari ini!

Buka Buku Pink
Menikmati perjalanan bakal seorang ibu yang lebih indah dan mudah di Klinik Akhi.

Pap Smear
“Jaga Diri Anda, Jaga Keluarga Anda!”
Perkhidmatan kesihatan lelaki kami membantu anda kekal bertenaga dan sihat untuk orang tersayang.

Pemeriksaan Darah dan Air Kencing
Ketahui status kesihatan anda dengan pemeriksaan darah dan air kencing yang profesional dan berpatutan

Pembedahan Kecil
Jangan biarkan masalah kecil mengganggu hidup anda! Klinik kami sedia membantu dengan pembedahan kecil yang cepat dan tanpa tekanan.

Rawatan Sakit Lutut dan Sendi
Beribadah dengan lebih selesa setelah mendapat rawatan di Klinik Akhi!
Panel Kami
Klinik Akhi bangga menjadi panel bagi syarikat dan institusi terkemuka, membolehkan kami menawarkan rawatan yang lebih mudah diakses dan kos terjamin untuk semua pesakit.

















