19 September 2026 – Klinik Akhi Taman Medan menjalankan Pemeriksaan Kesihatan Sempena Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Jumhuriah, Taman Medan, Petaling Jaya
Klinik Akhi Taman Medan berkesempatan menyertai program Sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung di Masjid Jumhuriah, Taman Medan, Petaling Jaya dengan mengadakan pemeriksaan kesihatan untuk para jemaah dan komuniti setempat.
Program ini bukan sahaja menjadi ruang untuk bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, tetapi juga sebagai satu usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kesihatan. ❤️
Terima kasih kepada pihak Masjid Jumhuriah dan semua yang telah memberikan kerjasama serta menyambut baik kehadiran Klinik Akhi Taman Medan. Semoga usaha kecil ini dapat memberi manfaat kepada komuniti dan menggalakkan lebih ramai untuk mengambil berat tentang kesihatan diri


