12 April 2025 – Klinik Akhi telah dibuka di Sungai Kapar Indah. Cawangan ini merupakan cawangan yang ke-6 Klinik Akhi. Cawangan yang baru dibuka ini merupakan cawangan kedua Klinik Akhi yang akan beroperasi selama 24 Jam selain daripada cawangan Bukit Raja. Pembukaan Klinik Akhi 24 Jam Sungai Kapar Indah ini di lakukan pada 12 April 2025 (Sabtu). Sempena pembukaan cawangan yang ke-6 ini juga Klinik Akhi mengadakan pelbagai promosi seperti RM1 bagi konsultasi.
Klinik Akhi 24 Jam Sungai Kapar Indah ini juga mengadakan majlis doa selamat dan tahlil ringkas bersama ahli kariah Surau Jumaat Al-Faizin, sempena pembukaan sebagai tanda kesyukuran atas permulaan yang diberkati ini. Suasana ukhwah yang sangat harmoni, menguatkan lagi semangat kami untuk berkhidmat kepada warga Sungai Kapar Indah.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir dan memberikan sokongan. Kehadiran anda semua amat bermakna untuk kamiSemoga kehadiran kami menjadi manfaat kepada komuniti. Teruskan menyokong kami dalam usaha memberikan rawatan terbaik, cekap dan mesra dan sentiasa ada untuk anda.
Jangan lupa datang ke Klinik Akhi 24 Jam Sungai Kapar Indah.


