Gejala Influenza – Bahaya!

Utama >

Influenza, adalah penyakit pernafasan berjangkit yang disebabkan oleh virus influenza. Virus ini menjangkiti hidung, tekak, dan kadangkala paru-paru, membawa kepada gejala dari berskala ringan hingga teruk. Dalam sesetengah kes, influenza memerlukan kemasukan ke hospital bahkan ada yang membawa kematian, terutamanya dalam kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, wanita hamil dan mereka yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan kronik.

Jenis-jenis Virus Influenza:

Influenza A dan B adalah yang paling biasa dan boleh menyebabkan wabak selesema bermusim.

Influenza A adalah yang paling boleh menyebabkan wabak, kerana ia boleh menjangkiti manusia dan haiwan.

Influenza B terutamanya menjangkiti manusia dan cenderung kepada gejala yang lebih ringan daripada Influenza A.

Simptom:

Demam atau menggigil

Batuk

Sakit tekak

Hidung berair atau tersumbat

Sakit otot atau badan

Sakit kepala

Kepenatan

Muntah dan cirit-birit

Penularan:

Influenza merebak dengan titisan melalui percakapan, bersin, atau batuk. Ia juga boleh merebak dengan menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus dan kemudian menyentuh mulut, hidung atau mata.

Rawatan:

Ubat antiviral: Ubat Ini boleh mengurangkan gejala simtom dan tempoh penyakit jika diambil sejurus gejala bermula.

Rehat, ubat-ubatan dan pengambilan air secukunya dapat mengurangkan gejala seperti demam dan sakit badan.

Vaksinasi: Vaksin biasanya sekali setiap tahun, adalah cara paling berkesan untuk mencegah jangkitan dan komplikasi.

Pencegahan:

Vaksinasi tahunan

Amalan kebersihan yang baik: kerap mencuci tangan, menggunakan tisu atau lapik, mengelakkan sentuhan rapat dengan individu yang dijangkiti

Memakai topeng ketika berada dalam persekitaran yang sesak atau berisiko tinggi

Komplikasi:

Influenza boleh menyebabkan radang paru-paru, bronkitis, jangkitan sinus, dan boleh juga menyebabkan keadaan kesihatan kronik menjadi semakin teruk seperti asma dan penyakit jantung.

Dr Nur Farzana bt Zainol Abidin

Klinik Akhi Sg Udang Klang

Kongsi:

Berita Berkaitan

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. In eget massa ac felis dignissim tincidunt ut eu tortor. Integer et viverra massa.

Kesihatan Lelaki

“Jaga Diri Anda, Jaga Keluarga Anda!”
Perkhidmatan kesihatan lelaki kami membantu anda kekal bertenaga dan sihat untuk orang tersayang.

SAMBUNG BACA

Adakah Anda Mempunyai Sebarang Soalan?

Scroll to Top
Tempah Sekarang

Tempah Temu Janji

Klinik Akhi Bukit Raja (24 Jam)

Klinik Akhi Pulau Indah

Klinik Akhi Sungai Udang

Klinik Akhi Rantau Panjang

Klinik Akhi Sijangkang