Tentang kami
Kenali kami dengan lebih dekat!
-KENALI KAMI
Perkhidmatan Kesihatan Keluarga Menyeluruh
Klinik Akhi menawarkan perkhidmatan kesihatan yang lengkap dan komprehensif untuk setiap ahli keluarga. Dengan kepakaran dalam penjagaan kesihatan keluarga, wanita, dan kanak-kanak, kami berusaha memberikan rawatan yang terbaik dalam suasana yang mesra dan menyokong.
Klinik Akhi memastikan setiap individu menerima perhatian dan penjagaan peribadi yang mereka perlukan. Di sini, kesihatan dan kesejahteraan seluruh keluarga anda adalah keutamaan kami.
Kelebihan Kami
Rasai pengalaman unik bersama rangkaian Klinik Akhi
Harga Berpatutan
Klinik kami menawarkan rawatan perubatan berkualiti pada harga yang berpatutan, memastikan perkhidmatan kesihatan dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat.
Servis Kesihatan Menyeluruh
Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan, termasuk rawatan umum, pemeriksaan kesihatan, serta khidmat nasihat perubatan yang komprehensif untuk memenuhi keperluan kesihatan pesakit.
Konsep Kekeluargaan
Kami mementingkan hubungan mesra dan rapat antara kakitangan serta pesakit, menjadikan klinik ini tempat yang selesa dan mesra untuk mendapatkan rawatan, seperti berada dalam keluarga sendiri.
Matlamat dan Objektif Kami
Matlamat kami adalah menjadi pusat rawatan kesihatan mampu milik berkonsepkan kekeluargaan di seluruh negara menjelang 2027. Ini membolehkan lebih ramai komuniti mendapat penjagaan peribadi dan mesra dengan kos berpatutan.
Visi
Menyediakan sebuah pusat perkhidmatan kesihatan yang lengkap dan mampu milik kepada masyarakat terutama kepada golongan yang kurang berkemampuan.
Misi
1. Memastikan perkhidmatan kesihatan yang lengkap dan selesa.
2. Menjadi ‘one stop center clinic ’untuk perkhidmatan kesihatan keluarga, wanita dan kanak- kanak.
3. Memberikan rawatan yang berkualiti dan mampu milik kepada semua golongan.
Client
0
Founded
Since
0
Clinic
0
Branch